Monday, October 18, 2010

hari yg penat & menyeronokkan

sepanjang minggu ini kelas aku sibuk utk menghabis segala mikro teaching yang perlu kami sediakan. pelbagai idea & bhn bbm telah disediakan bagi memastikan setiap sesi pengajaran & pembelajaran dilaksanakan dgn betul2 berkesan. time nilah pelbagai gelagat kawan2 dr budak nakal sampailah kepada bdk pasif dpt dilihat sepanjang sesi mikro teaching dijalankan. kdg2 guru yang menjalankan likro teaching menjadi tension dgn kerenah kwn2 yg terlampau nakal sehingga mengganggu kelancaran sesi pengajaran mereka. tetapi yg paling penting setiap org berasa seronok utk menjalankan aktiviti yg telah disediakan oleh mereka. terkenang time dulu2 cg praktikum dtg ke sek menyediakan plbgai permainan utk kelas aku. thanks cg kerna bersabar melayan kerenah kami dulu. hope aku akan menjadi seorang wrga pendidik yg berjaya suatu hari nant. amin,......

Thursday, July 22, 2010

jiwa kacau

entah mengapa permulaan sem ni membuat aku betul2 rasa sedih, kacau, kurang hepi, makan xlalu & macam2 lagi. mungkin aktiviti kelas terlampau byk sgt sebab nak mengejar bulan pose. baru2 ni baru balik dr Banting utk menjalankan aktiviti BIG. Hmmmmm..... keseluruhannya aku berasa gembira ttpi terdapat beberapa perkara yg membuatkan aku menjadi geram & takut. yelah, aktiviti yg melibatkan org ramai mmg mcm2 masalah. tp walaupun aku ade kena desak utk melakukan sesuatu tp aku tetap tabik kerana dia masih dpt mengawal kemarahan walaupun aku dah jadi cuak. huhuhuhu2... kemudian aku pergi pulak ke ipg ktaa di Pahang. mmg perjalanan dia amat mencabar disebabkan time sampai kat Raub aku terasa mcm berada di dalam bas sauna. mmg pengalaman yg berharga betul sb lama jgk baru nak sampai ke maktab dieorang. hanya tuhan saja yg tahu betapa panasnya kami. tp alhamdulillah kami selamat sampai. mase mula masuk pintu pagar dieorg, fuh besar gile mktb die. pokok2 pun masih banyak lagi. setelah aku berada di sana selama dua hari 1 malam, aku tetap syg mktb aku lagi. yelah disana dgr crte harga mknan mmg mahal, peraturan mmg ketat walaupun slama ni aku berasakan peraturan kat mktb aku ni dah ketat. so chah ko kena patuhi la peraturan mktb ye. ingat ade lagi yg lagi ketat dr mktb kita. banyak betul pengalaman yg aku dapat sepanjang aku keluar dr mktb ni. tp sdh jugak sb kena tinggalkan kuliah. yela dah menjadi penolong mcm2 tugas la kena buat. tp nasib baik ketua saya baik orgnya. tq zaki.

Saturday, June 12, 2010

jamuan kawen

setiap kali cuti itulah penuh dg majlis kawen yg akan aku hadiri. walaupun kdg2 naik muak dgn lauk pauk yg hampir same, tp aku ttp pegi krna aku mmg suke pg tmpat jamuan kawen. selain 2 boleh jgk aku jumpe dgn kawan2 lame, sepupu2, mak & ayh sedara. walaupun begitu, body aku tetap maintain. xnaik. dah naik bosan org panggil aku keding. huhuhuhu2.... xpela chah, mungkin ini kelebihan aku bdn xberapa nak berisi.

Thursday, June 10, 2010

cuti datang lagi

cuti datang lagi....... cuti ni nampak gayenye habiskan mase dgn pegi majlis kawen jela nampaknye. tp xpela kdg2 je ade peluang nak pg tmpt mcm ni. best jgk sb ramai family yg berkumpul d umah. jd gamat dgn pelbagai crte r mak & ayh sedare yg xhbs2 dgn pelbagai crte yg hendak dikongsi. hehehehe......... buke je sem nanti, bilik aku akn ade tambahan penghuni sb setiap bilik kena ade 3 org disebabkan blok c hendak dibaiki. huhuhu2.... xpela nant bilik aku riuh la dgn pasal korea

Tuesday, April 13, 2010

aku dah nak demam!!!!!

adakah disebabkan nak buat assignment pj ni yg merupakan assignment yg terakhir menyebabkan aku nak demam????? tolong!!!!!!! aku dah pening cm mane nak buat bende alah 2. kenapa aku still xbrape minat lagi dgn subjek ni? chah sedrla ko yg subjek ni akn masuk exam. td time tahu sbjek anatomi ade berat rase hati tp diseabkan presentation group kak long yg best menyebabkan aku suke topik 2. jantung merupakan satu bende yg amat penting utk manusia utk terus di muka bumi ni. jd kite haruslah menjaganya dgn betul2.jgn asyik mkn mende yg berlemak je.nanti tersumbat saluran darah kite. huhuhu2....

aku rindu!!!!!!

hari ini semasa mak aku call, tiba2 datang perasaan rindu yang amat sgt nak balik umah. huhu2.... cuti lambat lagi. nak balik mcm xberbaloi je dgn tiket yg mahal. xpe2 sabo chah tunggu bln 6 nanti yer baru duduk umah puah2. esok pg kelas mcm biasa. hidup mesti bersemangat baru bleh masuk ilmu. mgkn dgn hari esk pembentgn group utk subjek politik akn selesai. part aku ialah demokrasi dlm Islam. tajuk ni antara tajuk kkbi yg kami mesti buat. ade la jgk idea nak bntg 2. seperti yg kita tahu islam xmembantah untuk berdemokrasi tetapi hendaklah tidak melanggar peraturan yg tlh ditetapkan oleh Allah S.W.T. apapun hidup mesti ceria, baru semangat nak blajo. chaiyok chah

Sunday, January 24, 2010

adakah bersedia

semasa berjalan bersama-sama dengan kawanku pada pagi tadi, aku mendapat berita bahawa bdk2 dr batch pprt4t sehingga batck pismp ambln januari 2009 akan dipostingkan ke sabah atau sarawak. adakah aku gembira atau sedih dengan kenyataan ini aku pun tidak tahu. mungkin sekiranya aku dikehendaki mendaftarkan diri di sana aku akan pergi namun aku mungkin tidak meminta untuk mengajar disana. namun yang pentng walau dimana-mana aku diminta untuk bertugas, aku akan pergi dengan rela hati.

Tuesday, January 19, 2010

coretan hati...

lama sungguh aku xmengupdatekan blog ini. entah mengapa tahun baru ini menyebabkan aku semakin malas untuk membuka blog. adakah virus malas aku semakin serius?????? hmmmm......... setakat ini aku masih menyesuaikan diri dengan subjek2 baru yang harus aku ambil. namun subjek yang paling mencabar buat aku setakat ini ialah subjek anatomi & fisiologi dengan PSV. selama ini aku tidak belajar PSV semasa sekolah menengah dan menyebabkan diri ini terasa bimbang bagaimana aku ingin menguasai subjek ini. bagi anatomi pula aku memang 'alah' dengan subjek yang berkaitan dengan bio. huhu2..... bagilah kekuatan kepada aku untuk mengharungi sem ini dengan sebaik-baiknya dan bagilah aku kekuatan, kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk meningkat gred aku yang telah jatuh dengan merudum. aku berasa sangat2 sedih....

Friday, November 27, 2009

semangat bercuti di rumah

walaupun cuti masih berbaki lebih kurang sebulan lagi, aku masih tertanya-tanya apakah aktiviti yg sesuai dibuat. nampak gayanya persoalan itu masih belum terjawab. hmmm..... antara aktiviti yg wajib aku lakukan semasa cuti ini adalh...... duduk kat umah tlg ape2 yg patut, pergi mjls/jamuan, tambahkn berat badan dll. nasib baik stkat ini terengganu smkin pulih dr banjir. teringat semasa waktu hujan lebat itu, terpaksa berbungkus dengan kain selimut/ sweater kerana kesejukan. cuti ini juga tidak aku lepaskan peluang utk bertemu dgn sahabat2 yg telah lama xberjumpa. miss u all !!!!!!! tidak lupa juga aktiviti yg aku wajib buat iaitu menghadap komputer setiap hari. nmpk gayanya power spek mate aku akn bertambah lagi la. huhu2.....

Wednesday, October 7, 2009

lama menghilang

akhirnya dapat jgk aku mengupdate blog aku. walaupun hati terasa nak update tp kekangan masa selalu menghalang. huhu2... mengapakah manusia selalu ade perasaan tamak dan benci sampai sanggup bergaduh antara satu sama lain. entah mengapa manusia selalu berasa tidak puas hati dengan apa yang mereka perolehi. hmmm...... bile aku teringat peristiwa 2 mmg hati terasa sangat sedih dan tanpa kusedari air mata mengalir tanpa dipinta. perasaan dan hati manusia memang susah nak difahami yer. mgkn ade hikmah jgk aku dibesarkan dalam keadaan keluarga kecil. mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa tanpa ada perasaan jeles diantara adk beradik. duhai manusia memang kita susah nak difahami. nampak gayanye aku perlulah selalu menjaga hati, bahasa dan tingkah laku supaya aku tanpa sengaja menyakitkan hati kamu semua.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

alhamdulillah syukur kerana akhirnya aku telah siap menyiapkan kerja kursus. barulah hati aku aku berasa mood untuk beraya tapi malangnya masih ade lagi kerja kursus yang menanti selepas buka cuti nanti. huhu2....buat kawan-kawanku selamat hari raya maaf zahir dan batin. maafkan segala salah dan silap yang mungkin mengguriskan hati korang-korang semua.

Wednesday, September 9, 2009

lama menghilang

entah mengapa sekarang ini semakin susah nak mengupdate blog. time ade idea nak update internet plok xdapat. sekarang ni tgh sibuk dengan kerja kursus yang menanti masa untuk dihantar. alhamdulillah kenderaan untuk balik raya sudah diselesaikan. nasib baik ade apdi yang berusaha untuk mendapatkan bas free dari yayasan terengganu.jadi xpayoh la nak bimbang pasal tiket bas utk balik raya n balik maktab nanti. kerja kursus yg perlu dihantar selepas raya semakin bertambah.aduh pening kepala pabila memikirkannya. namun pasrah jelah sebab kite kan tgh blajo.... aku rase sekarang ni diri aku lain sangat. kenapa la jadi mcm 2???? huhu2....xsabonye nak balik umah tp lambat lagi n kerja masih berlambok.

Tuesday, July 28, 2009

kenangan 5MB





Kenangan bersama tidak kan ku lupakan. Saat manis, pahit kite bersama masih ku ingat. bagaimana nama panggilan aku akan berubah apabila ku naik marah time kamu bising, balik awal, ponteng kelas masih ku ingat. betapa gembiranya kita waktu itu walaupun kelas setiap hari habis pada pukul 5.00 petang dan setiap hari jumaat dan sabtu mesti hadir ke sekolah walaupun kelas lain tidak seperti kita. ku teringat memori setiap hari aku mesti sampai lambat dari kamu. mesti pengawas & guru tersenyum melihat aku serta xpayah meminta nama aku kerana telah kenal bahawa aku mesti sampai lewat dari 7.30 dr time form 1 lg. huhu2... memori ku sebagai pengawas perpustakaan juga amat manis buat ku kenang. setiap hari khamis@ahad aku akan bertugas pada waktu petang dan kadang kala menghantar surat cinta kepada peminjam yg hantar lambat dan kepada pengawas perpustakaan yg tidak bertugas. betapa gembiranya aku time 2. bersama-sama sahabat berjuang untuk mengejar cita-cita. walaupun kadang-kala kita bergaduh namun kamu masih sayang dan hormat akan aku selaku ketua kelas. betapa kelakarnya time sport check, cermin kite diambil oleh cg burn n cg arif. betapa baiknya cg maziah kepada kls kita walaupun kdg2 bile die naik marah kite jadi kecut perut. en mohd nor yg menyebabkan kite ketawa bile die ketawa n en mohd dagang time menjaga exam mesti ade prkara yg klakar. kpd semua guru yg mengajar kami selama ini terima kasih banyak2. walaupun kamu sudh berpindah sekolah kami tetap mengenag jasa kamu.

Wednesday, July 22, 2009

kenangan semasa BIG



sempena BIG untuk khidmat komuniti kali ini kami telah melakukannya di pertubuhan kebajiakan anak-anak yatim islam daerah sabak bernam, jalan parit 1 timur, selangor. kami telah berkumpul di garaj bas pada pukul 7 dan bergerak ke tempat tujuan kami lebih kurang padapukul 8. sepanjang perjalanan ke sana amat mencabar bagi kami yang duduk di bahagian belakang bas kerana keadaan jalan yang "amat memuaskan" sehinggakan kami telah letih apabila sampai ke tempat yang kami ingin tujui. pelbagai aktiviti telah dilakukan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan terlebih dahulu. kumpulan kami telah terpilih untuk membersihkan tandas mereka. kami telah berusaha untuk membersihkan tandas tersebut supaya mereka berasa selesa untuk menggunakannya dan menjadi berkilat seperti baru. setelah selesai semua aktiviti kami pun bertolak pulang setelah melakukan beberapa aktiviti di sana. pengalaman melakukan aktiviti di sana amat menarik buat kelas kami semua.









Sunday, June 28, 2009

selamat belajar buat kamu


khas buat sepupu kesayangan aku yang belajar di unimas,sarawak. semoga kamu selamat sampai & belajar dengan elok2. aku harap kamu di sana tidak akan melupakan daku di sini. time cuti 2 kalu boleh balik r neh. susah la kekgi kite nok jupe.... teringat kat zaman kite kecik2 dulu. aku rase ni la hok paling jauh kite pisah. kite slalu buat banyak perkara bersam dari kecik sapa la sekarang. huhuhu2.... rindu doh ke mung.. p/s maaf r neh xleh nak hanto mung naik flight.

Thursday, June 25, 2009

i love my mum & dad


mak & ayah terima kasih kerana sepanjang cuti kali ni chah amat gembira sekali. pantang chah sebut je nak makan @ nak pergi berjalan2 mesti mak & ayah cuba untuk memenuhi keinginan chah tu. harap2 mak & ayah sihat sepanjang chah ada kat sini. nak balik lagi..... mak time pose ni buat bubur lambuk... best la. hehehe love u all. muah!!!

Tuesday, June 23, 2009

permulaan semester baru

semester baru sudah bermula.... aku memulakan sem baru ini dengan menjadi ahli jawatankuasa mpp dengan menjadi ajk di asrama yang menyambut kedatangan kakak2 di asrama. pengalaman ini amat berharga buat aku kerana ini merupakan kali pertama aku menjadi ajk ini. selain daripada itu kelas kami telah melantik arham dan huda sebagai ketua kuliah dan penolong ketua kuliah. semoga kelas kita akan sukses selalu. love u all!!!

Friday, June 5, 2009

aku xpasti

cuti ni aku xpasti nak buat ape selain dari pergi ke majlis perkahwinan, duk umah tgk tv @ bermain internet @ aku tgk crte n dgr lagu dr laptop aku. kdg2 cuti itu membuatkan aku pening nok buat ape bagi menghilangkan rase bosan. bile aku berada kat mktb aku rase nak balik. apabila aku balik aku xtahu nak buat ape. tp yg pasti aku asyik kluar berjalan2 dan menghabiskan duit membeli baju, kasut dan lain2. besela perempuan apabila kluar bershopping mesti ada barang yg akan dibeli. apa2 pun aku rindu kat kawan2 lama di sekolah. adakah kite akan membuat reunion aku pun xpasti sebab aku tidak menguruskannya lagi. huhu. hope kamu semua sihat dan masih mengingati aku.

Tuesday, May 26, 2009

jom kite balik umah

apabila exam dah habis mestilah hati meronta-ronta untuk pulang ke rumah. mak ayah rindu kat kamu. xkisah walaupun orang kate aku ni anak manje. siape aku nak bermanja kecuali dengan mak & ayah.walaupun cuti kali ni 3 minggu sahaja aku rase cuti ni aku habiskan dengan menghadiri majlis perkahwinan je. huhu2... muka aku kalu xpegi mjlis kawin mmg xsah. nanti bising sedara mara aku klu aku xpegi. adakah aku akan bertambah berisi kerana asyik makan nasi minyak???same2lah kite menunggunye. hehe2... cuti nanti aku juga rancang nak habiskan mase dengan sepupu kesayangan aku. nanti dah susah nak masa dengan die. rindu kat ko. walaupun kite slalu bergaduh kite tetap bersama2. yelah kami cuma dipisahkan hanya beberapa bulan sahaja. tapi yang penting sebelum aku balik aku nak kluar g jalan2 sepuas2nya. kawan2 jom kite kluar beramai2 melepaskan rasa bosan sementara menunggu hari jumaat ni. walaupun aku rase gembira kerana dah cuti, namun aku tetap rase bimbang dengan keputusan exam. hope aku akan dapat result yang memuaskan. amin..... jom kawan2 kite balik kampung. balik cuti nanti jangan lupa bawak buah tangan ye!!! bersama2lah kite membuat jamuan di kelas nanti. insyaallah aku akan cuba membawa kerepok lekor 2. MySpace

Monday, May 25, 2009

exam2

ade 2 paper lagi...otak aku dah tepu membaca psl pengenalan pengajian sosial & sosiologi.MySpace
namun aku kena kuatkan semangat kerana selepas itu aku akan merdeka dan bersiap sedia untuk balik...MySpacejadi aku mesti kuatkan semangat untuk menjawab exam.terima kasih buat kawan2 kerana sama2 kite berstudy group n berdiskusi tentang tajuk2 yang dijangka kluar dalam exam. love u all.MySpace