Wednesday, October 7, 2009

lama menghilang

akhirnya dapat jgk aku mengupdate blog aku. walaupun hati terasa nak update tp kekangan masa selalu menghalang. huhu2... mengapakah manusia selalu ade perasaan tamak dan benci sampai sanggup bergaduh antara satu sama lain. entah mengapa manusia selalu berasa tidak puas hati dengan apa yang mereka perolehi. hmmm...... bile aku teringat peristiwa 2 mmg hati terasa sangat sedih dan tanpa kusedari air mata mengalir tanpa dipinta. perasaan dan hati manusia memang susah nak difahami yer. mgkn ade hikmah jgk aku dibesarkan dalam keadaan keluarga kecil. mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa tanpa ada perasaan jeles diantara adk beradik. duhai manusia memang kita susah nak difahami. nampak gayanye aku perlulah selalu menjaga hati, bahasa dan tingkah laku supaya aku tanpa sengaja menyakitkan hati kamu semua.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

alhamdulillah syukur kerana akhirnya aku telah siap menyiapkan kerja kursus. barulah hati aku aku berasa mood untuk beraya tapi malangnya masih ade lagi kerja kursus yang menanti selepas buka cuti nanti. huhu2....buat kawan-kawanku selamat hari raya maaf zahir dan batin. maafkan segala salah dan silap yang mungkin mengguriskan hati korang-korang semua.

Wednesday, September 9, 2009

lama menghilang

entah mengapa sekarang ini semakin susah nak mengupdate blog. time ade idea nak update internet plok xdapat. sekarang ni tgh sibuk dengan kerja kursus yang menanti masa untuk dihantar. alhamdulillah kenderaan untuk balik raya sudah diselesaikan. nasib baik ade apdi yang berusaha untuk mendapatkan bas free dari yayasan terengganu.jadi xpayoh la nak bimbang pasal tiket bas utk balik raya n balik maktab nanti. kerja kursus yg perlu dihantar selepas raya semakin bertambah.aduh pening kepala pabila memikirkannya. namun pasrah jelah sebab kite kan tgh blajo.... aku rase sekarang ni diri aku lain sangat. kenapa la jadi mcm 2???? huhu2....xsabonye nak balik umah tp lambat lagi n kerja masih berlambok.

Tuesday, July 28, 2009

kenangan 5MB





Kenangan bersama tidak kan ku lupakan. Saat manis, pahit kite bersama masih ku ingat. bagaimana nama panggilan aku akan berubah apabila ku naik marah time kamu bising, balik awal, ponteng kelas masih ku ingat. betapa gembiranya kita waktu itu walaupun kelas setiap hari habis pada pukul 5.00 petang dan setiap hari jumaat dan sabtu mesti hadir ke sekolah walaupun kelas lain tidak seperti kita. ku teringat memori setiap hari aku mesti sampai lambat dari kamu. mesti pengawas & guru tersenyum melihat aku serta xpayah meminta nama aku kerana telah kenal bahawa aku mesti sampai lewat dari 7.30 dr time form 1 lg. huhu2... memori ku sebagai pengawas perpustakaan juga amat manis buat ku kenang. setiap hari khamis@ahad aku akan bertugas pada waktu petang dan kadang kala menghantar surat cinta kepada peminjam yg hantar lambat dan kepada pengawas perpustakaan yg tidak bertugas. betapa gembiranya aku time 2. bersama-sama sahabat berjuang untuk mengejar cita-cita. walaupun kadang-kala kita bergaduh namun kamu masih sayang dan hormat akan aku selaku ketua kelas. betapa kelakarnya time sport check, cermin kite diambil oleh cg burn n cg arif. betapa baiknya cg maziah kepada kls kita walaupun kdg2 bile die naik marah kite jadi kecut perut. en mohd nor yg menyebabkan kite ketawa bile die ketawa n en mohd dagang time menjaga exam mesti ade prkara yg klakar. kpd semua guru yg mengajar kami selama ini terima kasih banyak2. walaupun kamu sudh berpindah sekolah kami tetap mengenag jasa kamu.

Wednesday, July 22, 2009

kenangan semasa BIG



sempena BIG untuk khidmat komuniti kali ini kami telah melakukannya di pertubuhan kebajiakan anak-anak yatim islam daerah sabak bernam, jalan parit 1 timur, selangor. kami telah berkumpul di garaj bas pada pukul 7 dan bergerak ke tempat tujuan kami lebih kurang padapukul 8. sepanjang perjalanan ke sana amat mencabar bagi kami yang duduk di bahagian belakang bas kerana keadaan jalan yang "amat memuaskan" sehinggakan kami telah letih apabila sampai ke tempat yang kami ingin tujui. pelbagai aktiviti telah dilakukan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan terlebih dahulu. kumpulan kami telah terpilih untuk membersihkan tandas mereka. kami telah berusaha untuk membersihkan tandas tersebut supaya mereka berasa selesa untuk menggunakannya dan menjadi berkilat seperti baru. setelah selesai semua aktiviti kami pun bertolak pulang setelah melakukan beberapa aktiviti di sana. pengalaman melakukan aktiviti di sana amat menarik buat kelas kami semua.









Sunday, June 28, 2009

selamat belajar buat kamu


khas buat sepupu kesayangan aku yang belajar di unimas,sarawak. semoga kamu selamat sampai & belajar dengan elok2. aku harap kamu di sana tidak akan melupakan daku di sini. time cuti 2 kalu boleh balik r neh. susah la kekgi kite nok jupe.... teringat kat zaman kite kecik2 dulu. aku rase ni la hok paling jauh kite pisah. kite slalu buat banyak perkara bersam dari kecik sapa la sekarang. huhuhu2.... rindu doh ke mung.. p/s maaf r neh xleh nak hanto mung naik flight.

Thursday, June 25, 2009

i love my mum & dad


mak & ayah terima kasih kerana sepanjang cuti kali ni chah amat gembira sekali. pantang chah sebut je nak makan @ nak pergi berjalan2 mesti mak & ayah cuba untuk memenuhi keinginan chah tu. harap2 mak & ayah sihat sepanjang chah ada kat sini. nak balik lagi..... mak time pose ni buat bubur lambuk... best la. hehehe love u all. muah!!!